Written by Administrator |
Wednesday, 28 November 2012 16:35 |
Selasa, 27 November 2012 10:34 | Ditulis oleh MUSLIM ABDUL RAZAKALOR SETAR – Projek Sungai Limau Hydrocarbon Hub (SULIHH) akan diteruskan. Namun, ianya tidak mengenepikan hak rakyat apabila tidak lagi menggunakan 1,700 ekar tanah bendang dan 800 buah rumah penduduk tempatan.
Exco Industri & Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, SULIHH merupakan ubah suai daripada projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY), ianya diumumkan sebaik sahaja kerajaan negeri berubah pentadbiran pada Mac 2008.
Beliau berkata demikian semasa berucap di sidang media semasa Majlis Perjanjian Persefahaman Penyertaan Pelaburan Di antara China City Investment Limited (CCIL) dan Petrobanq Sdn Bhd, di Seri Mentaloon.“ZIPY, sebelum ini melibatkan penggunaan tanah bendang seluas 1,160 hektar dan melibatkan tujuh buah kampung iaitu Sungai Dedap, Kuala Sungai Daun, Kuala Sungai Limau, Sungai Limau Dalam, Sungai Tongkang, Sungai Kering dan Sungai Sedaka. “Namun, pelan terkini (SULIHH) tidak lagi menggunakan tanah bendang yang banyak kerana ianya melibatkan tebus guna laut seluas 1,700 ekar dan 200 ekar bendang. Oleh itu, ianya dapat menyelamatkan pengambilan tanah bendang secara besar-besaran dan 800 buah rumah penduduk sekitar,” katanya. Tambahnya, projek pembinaan loji penapisan dan hub petroleum di Sungai Limau yang ditawarkan kepada Merapoh Recource Sdn Bhd telah berjaya mendapat pelaburan baru dari CCIL. CCIL merupakan sebuah syarikat pelaburan dari China dan 50 peratus saham CCIL dimiliki oleh Kerajaan Rebublik China. Pemimpin-pemimpin peringkat tempatan hadir pada hari tersebut dan pihaknya akan berusaha agar tidak ada yang akan teraniaya. “Usaha awal telah dirancang oleh kerajaan negeri Kedah dan Persekutuan bagi menyediakan infrastruktur di sekitar kawasan terbabit melibatkan pembangunan Pulau Bunting, Pelabuan Darat Kobah dan laluan landasan keretapi elektrik berkembang Ipoh-Padang Pesar (EDTP). “Kerajaan negeri optimis terhadap projek yang bernilai 10 bilion USD ini dan akan dapat direalisasikan dengan penyertaan CCIL. Usaha pelaburan ini turut mendapat kerjasama baik dari pihak MIDA. Paling awal kita akan lihat upacara pecah tanah projek ini adalah pada September 2013,” katanya. Perjanjian persefahaman tersebut disaksikan oleh YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah. S/http://portal.kedah.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1820%3Asulihh-tetap-akan-diteruskan-&catid=66%3Adaerahnews&Itemid=1 |
Azizan: Projek SULIHH tergendala kerana pemaju 16 Mei 2012 ALOR SETAR- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata Projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) di Yan masih tergendala kerana pemaju yang dilantik menghadapi masalah teknikal dan kewangan. .- Bernama Sinarharian
Sunday, 2 December 2012
SULIHH tetap akan diteruskan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment